Cari:
Syarikat E-dagang China Teroka Pasaran Asia Tenggara
2016-11-29 15:34:32 CRI Cetak

Jumlah penduduk di Asia Tenggara mencatat lebih 600 juta orang. Ekonomi di kawasan itu bertumbuh baik pada masa ini, tetapi perkembangan industri e-dagangnya masih kurang maju. Keadaan ini membolehkan sejumlah besar syrikat e-dagang, syarikat e-bayar dan syarikat logistik mempercepat penerokaan di rantau tersebut.

Seorang pelajar dari Thailand menyatakan, beliau sering membeli barang melalui internet ketika melanjutkan pelajaran di China. Tetapi beliau susah berbuat demikian setelah pulang ke kampung halamannya. Ini disebabkan syarikat penghantar ekspres yang besar di Thai masih kurang, dan kualiti produk yang tersedia dalam talian kurang terjamin. Selain itu, proses untuk mengembalikan barang yang bermasalah yang dibeli melalui internet juga amat susah.

Keadaan di Thai amat tipikal dalam industri e-dagang di seluruh Asia Tenggara, iaitu tiada platform e-dagang yang mampu berkhidmat untuk pengguna dalam bilangan yang besar. Contohnya di Singapura, 12 platform e-dagang berkhidmat untuk 90 peratus pengguna. Tiada syarikat gergasi dalam bidang tersebut.

Kumpulan Alibaba China mengadakan kerjasama dengan Kumpulan Charoen Pokphand Thai baru-baru ini untuk mempromosi penggunaan Alipay, sejenis e-bayar di Asia Tenggara. Pada April yang lalu, Kumpulan Alibaba memperuntukkan USD 1 bilion (RM4.46 bilion) untuk membeli Lazada yang beribu pejabat di Singapura, platform e-dagang yang paling besar di Asia Tenggara. Laman web Facebook Amerika Syarikat (AS) pula mencuba perkhidmatan e-bayar di Thai pada tahun ini dan mewujudkan platform e-dagang di negara itu. Amazon juga berancang untuk mewujudkan laman webnya di Singapura pada suku pertama tahun hadapan.

Pada masa ini, Alipay telah mengembangkan sayapnya ke Singapura, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Thailand.

Tencent, satu lagi syarikat gergasi internet dari China sedang meneroka pasaran di Asia Tenggara, dengan bisnisnya tertumpu kepada kerjasama dengan Bank Kasikorn Thai untuk menyediakan perkhidmatan e-bayar kepada pelancong China yang melawat negara itu.

Sementara itu, Dompet Baidu China sudahpun memulakan operasinya di Thai.

Seiring dengan perkembangan e-dagang yang pesat, industri logistik pula berkembang pesat di Asia Tenggara. DHL Jerman menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres domestik di Thai bermula awal tahun ini. Shunfeng, syarikat penghantar ekspres yang terkenal di China pula menyediakan perkhidmatan dalam kalangan yang lebih meluas di Asia Tenggara sejak memasuki pasaran itu pada tahun 2010. Perkhidmatan syarikat itu dijangka akan melupiti semua negara ASEAN tidak lama lagi.

Sementara itu, kerajaan pelbagai negara di Asia Tenggara pula mengemukakan pelbagai dasar serta menggubal undang-undang yang berkenaan untuk menyokong industri e-dagang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China