Cari:
Daesh Bertanggungjawab terhadap Dua Letupan Bom di Baghdad
2017-01-01 15:04:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kumpulan militan Daesh dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 31 Disember lalu mendakwa ia bertanggungjawab terhadap dua letupan bom yang berlaku di Baghdad, ibu negara Iraq pada hari itu.

Seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Iraq yang enggan namanya didedahkan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 28 orang maut dan 53 lagi cedera akibat dua serangan ganas tersebut.

Menurut beliau, terdapat dua bom yang diletakkan terlebih dahulu di sebuah kedai aksesori kereta dan satu pejabat pos di Sinak, Baghdad, kemudian masing-masing diletup oleh penyerang sehingga mengakiabtkan kematian dan kecederaan yang teruk pada hari itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China