Cari:
Jumlah Pelancong ke Luar Negara Dijangka Cecah 6 Juta
2017-01-22 14:43:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelancong China ke luar negara dijangka akan mencecah 6 juta orang dalam tempoh "minggu emas" sempena Tahun Baharu Cina (TBC) pada tahun ini.

Demikian dimaklumkan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA) baru-baru ini.

Menurut CNTA, Amerika Syarikat, Britain, Sepanyol, Jerman, Switzerland, Hungary dan Czech dijangka menjadi destinasi jarak jauh utama bagi pelancong China, manakala Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina merupakan destinasi jarak sederhana yang bakal dipilih oleh pelancong China pada musim cuti tersebut.

CNTA turut meramalkan pasaran pelancongan akan menerima 343 juta pelancong dari dalam dan luar negara sempena minggu emas TBC 2017, meningkat 13.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China