Cari:
Ki-moon Tidak Bertanding Jawatan Presiden
2017-02-02 13:23:07 CRI Cetak

Mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Korea Selatan.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut dalam sidang media Parlimen republik itu semalam.

Menurut Ki-moon, beliau akan menarik balik hasrat untuk menerajui pembaharuan terhadap sistem politik dan perpaduan negara.

Katanya, beliau akan menarik diri daripada gelanggang politik kerana arena itu memang mengecewakan.

Ki-moon kembali ke Korea Selatan bulan lepas dan diramal bakal bertanding dalam pilihan raya yang dijangka diadakan Disember depan.

Walau bagaimanapun, beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut berikutan beberapa kekangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China