Cari:
Serangan Bom di Somalia, 30 Maut
2017-02-20 14:42:17 CRI Cetak

Kejadian serangan bom kereta yang berlaku di sebuah pasar di Mogadishu, ibu negara Somalia mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang maut dan beberapa lagi cedera, antaranya termasuklah askar dan orang awam.

Setakat ini, masih belum ada mana-mana pertubuhan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, serangan kali ini adalah serupa dengan serangan yang dilakukan oleh Al Shabaab, iaitu sebuah kumpulan militan yang ada kaitan dengan kumpulan al-Qaeda di negara itu.

Perdana Menteri Somalia, Mohammed Abdullahi Mohammmed dipilih sebagai Presiden Somalia yang baharu pada 8 Februari lalu. Beliau akan mengangkat sumpah pada 22 Februari ini.

Al Shabaab kerap kali melakukan serangan ganas di negara itu sejak akhir-akhir ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China