Cari:
AS akan Tingkatkan Kerjasama dengan EU
2017-02-21 15:05:40 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus mengembangkan hubungan kerjasama dan perkongsian dengan Kesatuan Eropah (EU) serta menyokong perpaduan EU.

Timbalan Presiden AS, Mike Pense berkata demikian selepas berunding dengan Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk di Brussels semalam.

Beliau menegaskan walaupun kedua-dua pihak mempunyai perbezaan pendapat dalam beberapa aspek tertentu, namun masih berkongsi amalan "tradisi dan nilai yang sama", iaitu merealisasikan keamanan dan kemakmuran melalui kebebasan, demokrasi dan undang-undang.

Tusk pula berkata, beliau dalam rundingan tersebut telah mengemukakan tiga agenda utama, iaitu penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, keselamatan Eropah berdasarkan NATO dan kerjasama trans-Atlantik, serta sokongan kerajaan baharu AS terhadap perpaduan EU. Pense telah memberikan maklum balas positif mengenai ketiga-tiga agenda tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China