Cari:
Mengapakah AS Bangkitkan Lagi "Kebebasan Pelayaran"?
2017-03-14 18:25:03 CRI Cetak

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dalam "Laporan Kebebasan Pelayaran 2016" yang dikeluarkan baru-baru ini telah menuduh China sebagai pihak yang "lantang bersuara menuntut hak maritim" di Laut China Selatan hingga memberi kesan kepada kebebasan pelayaran di kawasan perairan berkenaan.

Kenyataan AS tersebut telah mencabar kedaulatan dan kepentingan maritim China.

Standard pembatasan di wilayah perairan yang ditetapkan oleh China adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

China tidak akan menyekat mana-mana kapal, yang mematuhi undang-undang berkenaan, untuk bebas belayar di Laut China Selatan.

Hakikatnya, China bukan sahaja tidak pernah menyekat kebebasan pelayaran yang sah, malah telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk membina lima rumah api di pulau buatan di Laut China Selatan.

Rumah-rumah api tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal China, malah menyediakan perkhidmatan pemanduan arah untuk kapal-kapal dari negara lain.

Sebagai negara pesisir yang terbesar di Laut China Selatan, selain tidak pernah menghalang kebebasan pelayaran, China juga menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk kebebasan pelayaran.

Sebaliknya, AS yang banyak mencatat rekod hitam dalam kebebasan pelayaran.

Pada 23 Julai 1993, AS, dengan alasan mendapat maklumat risikan, telah menuduh kapal kargo "Yinhe" China membawa bahan untuk senjata kimia ke Iran, bahkan turut menghantar dua kapal perang dan lima helikopter untuk menahan kapal tersebut.

Pada 4 September tahun yang sama, setelah semua tangki kapal kargo berkenaan selesai menjalani pemeriksaan, pihak AS tidak menjumpai sebarang senjata kimia.

Pelayaran kapal "Yinhe" terpaksa dihentikan selama 33 hari.

Selepas kejadian itu, AS tidak memohon maaf dan tidak membayar ganti rugi.

Pada Disember 2013, formasi kapal induk pesawat udara "Liaoning" tentera laut China yang menjalankan latihan di zon ekonomi eksklusif Laut China Selatan telah dipintas oleh kapal Cowpens tentera laut AS.

Sebelum latihan, pihak tentera China telah menetapkan kawasan latihan sementara dan memaklumkan perkara itu kepada masyarakat antarabangsa.

Menurut kelaziman antarabangsa, kapal negara-negara lain tidak boleh bebas belayar di kawasan latihan.

Sekiranya masuk ke kawasan latihan, perlu mematuhi peraturan pelayaran, iaitu tidak melalui laluan kapal China, di samping mematuhi arahan.

Namun, kapal AS telah bergegas ke lokasi yang kurang 500 meter dari kapal perang China.

Adakah ini "kebebasan pelayaran" yang disarankan oleh AS?

Setelah program "kebebasan pelayaran" ditetapkan pada tahun 1979, AS sebenarnya bergantung pada kekuatan maritim untuk mencabar hak kedaulatan dan tuntutan maritim negara lain.

"Kebebasan pelayaran" hanyalah helah AS untuk campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.

Sebagai negara di luar kawasan perairan Laut China Selatan, AS telah banyak kali menghantar kapal perang untuk mencetuskan provokasi di Laut China Selatan dan menghalang kebebasan pelayaran negara-negara di kawasan perairan tersebut.

Lautan merupakan ruang awam yang terbesar di permukaan bumi.

Kebebasan pelayaran seumpama aset bagi ruang awam itu.

Namun, kebebasan pelayaran tidak bermaksud bebas secara berleluasa.

Mewujudkan "kebebasan pelayaran" dengan menyekat kebebasan negara-negara lain hingga menimbulkan rasa tidak selamat tidak boleh diterima sama sekali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China