Cari:
Sidang Isu Syria, Pembangkang Tidak Hakir
2017-03-15 11:53:11 CRI Cetak

Mesyuarat kali ketiga Kumpulan Tindakan Bersama Isu Syria telah diadakan tanpa kehadiran kumpulan militan antikerajaan di Astana, ibu kota Kazakhstan semalam.

Menteri Luar Kazakhstan, Kairat Abdrakhmanov memaklumkan, antara agenda perbincangan dalam mesyuarat tersebut termasuklah peraturan penubuhan kumpulan kerja untuk pertukaran maklumat tawanan, bantuan kemanusiaan untuk menghapuskan periuk api dengan perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan isu-isu ketenteraan yang lain.

Delegasi kerajaan Syria dan wakil dari Rusia, Turki dan Iran telah menyertai mesyuarat itu.

Kumpulan militan antikerajaan Syria telah menyatakan tidak akan menghadiri mesyuarat itu kerana Rusia dan kerajaan Syria enggan melaksanakan perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada penghujung tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China