Cari:
Jerman Bidas Kenyataan Donald Trump
2017-03-20 11:29:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von der Leyen semalam membidas kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang menyatakan bahawa Jerman banyak berhutang dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam bidang pertahanan.

Donald Trump dalam kenyataan melalui media sosial baru-baru ini juga berkata, selain banyak berhutang dengan NATO, Jerman juga perlu melunaskan hutang piutangnya kepada AS kerana AS telah menyediakan kelengkapan pertahanan yang hebat dan canggih.

Menyentuh kenyataan presiden AS itu, Ursula berkata, tidak wujud "akaun hutang" terhadap NATO.

Jerman berjanji untuk menaikkan belanjawan pertahanan kepada 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK).

Namun, belanjawan itu tidak seharusnya diperuntukkan kepada operasi pertahanan yang melibatkan NATO sahaja, tetapi perlu digunakan untuk pelbagai operasi yang lain, seperti misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan usaha antikeganasan.

Beliau juga menyeru agar konsep keselamatan moden dan pakatan pertahanan Eropah diwujudkan.

Tambah beliau lagi, pelbagai negara perlu berkongsi tanggungan kos dalam usaha membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China