Cari:
Zhang Gaoli: Ganding Bahu Galak Globalisasi Ekonomi
2017-03-25 17:15:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Berganding Bahu Menggalakkan Globalisasi Ekonomi Demi Masa Depan Asia dan Dunia yang Lebih Cerah", pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) di provinsi Hainan hari ini.

Zhang dalam ucaptamanya berkata, negara-negara Asia giat menyertai proses globalisasi ekonomi dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam pembangunan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Beliau menyeru agar negara-negara berkenaan bergabung tenaga untuk terus menjana proses globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib di Asia.

Selain perlu menggalakkan pembangunan kreatif demi mewujudkan ekonomi inovatif, Zhang Gaoli turut menegaskan peri pentingnya memperkasakan kerjasama ekonomi di peringkat global serta membina rangkaian perdagangan bebas yang lebih luas.

Menurut beliau lagi, China akan menganjurkan Forum Kerjasama Antarabangsa Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) di Beijing pada bulan Mei nanti.

Forum itu akan meneroka pendekatan bagi menangani masalah ekonomi serantau dan dunia, menyuntik semangat baharu kepada pembangunan kesalinghubungan serta memastikan hasil pelaksanaan inisiatif B&R dapat dinikmati oleh rakyat negara-negara terlibat.

Majlis perasmian BFA tahun ini dihadiri lebih 1,700 tokoh dari lingkungan politik, perniagaan dan kumpulan pemikir dari 50 buah negara dan wilayah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China