Cari:
Rakyat dan Polis Korea Selatan Bergaduh kerana THAAD
2017-03-30 15:16:48 CRI Cetak

Penduduk bandar Seongju-gun, provinsi Gyeongsang Utara, Korea Selatan telah tiga kali berturut-turut cuba menghalang trak, yang melaksanakan proses pengukuran dan pembinaan, masuk ke lokasi penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).

Selain itu, penduduk tempatan juga mencetuskan pergaduhan dengan pihak polis.

Penduduk yang menghalang "penempatan THAAD di seluruh Korea Selatan" telah menyatakan bahawa lima buah trak cuba memasuki Padang Golf Seongju, lokasi yang ditempatkan THAAD pada pagi, tengah hari dan petang semalam.

Namun, rakyat tempatan dan aktivis keamanan telah menyekat laluan trak tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China