Cari:
Britain Laksanakan Prosedur Brexit Secara Rasmi
2017-03-30 13:17:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Britain, Theresa Mary May semalam menyerahkan surat "keluar daripada Kesatuan Eropah (EU)" atau Brexit secara rasmi kepada EU.

Hal tersebut menandakan bahawa Britain menjadi negara anggota EU pertama yang mengemukakan tuntutan untuk keluar daripada kesatuan itu sejak menganggotai EU kira-kira 44 tahun yang lalu.

Duta Besar Britain ke EU, Tim Barrow telah menyerahkan surat tersebut kepada Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk‎ untuk memaklumkan bahawa pihak Britain telah secara rasmi melaksanakan prosedur Brexit pada hari itu.

Theresa, dalam surat itu, sekali lagi menegaskan beberapa matlamat Brexit seperti yang dikemukakan oleh kerajaan Britain sebelum ini, antaranya termasuk mengawal kemasukan imigran Eropah ke Britain dan melaksanakan pemeteraian perjanjian perdagangan bebas dengan EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China