Cari:
Pentagon Akui 229 Rakyat Jelata Terbunuh
2017-04-03 13:17:32 CRI Cetak

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau Pentagon berkata, operasi ketenteraan membanteras kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) yang dipimpin oleh AS sejak Ogos 2014 telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 229 orang rakyat jelata terbunuh.

Berdasarkan kenyataan Pentagon, dalam tiga kali pengeboman yang dilancarkan oleh perikatan antarabangsa membanteras IS yang diketuai AS terhadap sasaran IS di sekitar Mosul, bandar utama di kawasan utara Iraq pada bulan Februari lalu, 4 orang rakyat jelata terbunuh manakala 2 lagi cedera.

AS mula melancarkan serangan udara terhadap sasaran IS di Iraq pada Ogos 2014. Pada September tahun itu, kawasan operasi ketenteraan itu diperluas ke Syria, dan perikatan antarabangsa membanteras IS ditubuhkan. Sehingga Februari lalu, perikatan tersebut telah melancarkan lebih 18 ribu kali pengeboman di Syria dan Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China