Cari:
DPRK Tidak Mahu Berdialog dengan AS
2017-04-23 14:33:07 CRI Cetak

Agensi Berita Pusat Korea melaporkan bahawa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) tidak berminat untuk memulihkan dialog dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan AS tidak melepaskan dasar bermusuhan terhadap DPRK.

Dalam sebuah ulasan yang disiarkan agensi berita tersebut dinyatakan, AS mendakwa DPRK perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dialog antara kedua-dua negara itu, tujuannya adalah untuk membela sekatan ekonomi dan dasar menumpaskan DPRK yang dijalankan oleh AS.

Ulasan itu menyatakan bahawa AS pun tidak mempunyai harapan untuk memulihkan dialog dengan DPRK, dan secara terbuka menyatakan bersiap sedia untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap DPRK. Asalkan Presiden AS, Donald Trump tidak melepaskan dasar permusuhan terhadap DPRK, DPRK juga tidak berminat untuk berdialog dengan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China