Cari:
Bank Pembangunan Pelbagai Hala Dunia Diharap Giatkan Koordinasi
2017-04-23 14:34:05 CRI Cetak

Gabenor Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Jin Liqun menyatakan bahawa bank-bank pembangunan pelbagai hala di dunia perlu giat menjalankan koordinasi dalam bidang pelaburan infrastruktur.

Dalan Forum Infrastruktur Dunia 2017 yang diadakan di Washington semalam, Jin Liqun telah mengucapkan terima kasih kepada Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD). Menurut beliau, 75% wang pinjaman daripada AIIB pada tahun pertama adalah dijalankan dengan kerjasama bank-bank tersebut. Menurut beliau, ini menandakan bahawa bank pembangunan pelbagai hala memang boleh bekerjasama dalam pembinaan infrastruktur.

Pada hari yang sama, Forum Infrastruktur Dunia mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa para pemimpin bank pembangunan pelbagai hala bersetuju memperkasakan kerjasama dan menggalakkan institusi swasta agar melabur dalam projek pembinaan infrastruktur yang penting demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan inklusif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China