Cari:
Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Perjanjian Komprehensif Isu Nuklear Iran
2017-04-26 13:39:05 CRI Cetak

Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Perjanjian Komprehensif Isu Nuklear Iran diadakan di Vienna, Austria semalam.

Perwakilan dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Rusia, China, Jerman dan Iran telah menyertai mesyuarat tersebut.

Naib Ketua Jabatan Kawalan Senjata Kementerian Luar China, yang juga penyelaras pihak China atas perjanjian komprehensif isu nuklear Iran, Dong Zhihua mengetuai delegasi China menyertai mesyuarat berkenaan.

Dong berkata, China sentiasa menyokong perjanjian komprehensif tersebut kerana ia hasil yang dicapai bersama oleh enam negara dengan Iran dan dianggap sebagai teladan bagi menyelesaikan masalah antarabangsa melalui saluran politik dan diplomatik. Pelbagai pihak digesa mengendalikan pertikaian dengan baik supaya perjanjian ini dapat terus dilaksanakan dengan menyeluruh dan berkesan.

Beliau turut memberikan taklimat tentang projek pengubahsuaian reaktor air berat Arak, Iran. Kontrak berkenaan yang ditandatangani oleh syarkat China dan Iran pada hari Ahad lalu menunjukkan sikap tanggungjawab China dalam menjaga dan melaksanakan perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China