Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani dua perintah eksekutif pada 29 April lalu untuk menubuhkan pejabat polisi industri perdagangan dan pembuatan White House, di samping mengkaji semula semua perjanjian perdagangan yang sedia ada.
Menurut beliau, pejabat polisi industri perdagangan dan pembuatan White House bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan pekerja dan pengusaha perkilangan AS serta memberi cadangan kepada presiden dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan defisit perdagangan dan memperkukuh asas industri pembuatan dan pertahanan negara itu.
Difahamkan, pejabat itu juga akan membantu melaksanakan pelbagai polisi yang diperkenalkan kerajaan, termasuk perintah baharu Trump, iaitu "membeli produk AS, mengupahi orang AS".