Cari:
Dialog Kerjasama Keselamatan B&R di Beijing
2017-05-05 11:52:45 CRI Cetak

Dialog Kerjasama Keselamatan Inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) yang disertai wakil-wakil jabatan keselamatan dari lebih 20 negara telah diadakan di Beijing semalam.

Setiausaha Suruhanjaya Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Meng Jianzhu turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua delegasi.

Meng Jianzhu berkata, Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif B&R amat bermakna dalam usaha menggalakkan kerjasama antara negara-negara yang berada di kawasan B&R.

China menyambut baik usaha untuk membina komuniti berkongsi nasib dengan negara-negara terlibat demi manfaat rakyat negara tersebut.

Tambah beliau lagi, pelbagai elemen tidak selamat kian meningkat pada ketika ini, malah keganasan turut mengancam keselamatan dunia.

Maka, usaha-usaha untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa, menangani risiko dan menjaga keselamatan merupakan kewajiban bersama semua negara.

Beliau berharap pelbagai pihak mengambil tindakan praktikal untuk meningkatkan komunikasi dan sinergi demi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China