Cari:
NATO Berusaha Pulihkan Dialog dengan Rusia
2017-05-08 11:42:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang berusaha untuk memulihkan semula dialog dengan Rusia, manakala Rusia juga turut membuat persiapan berhubung dengan perkara tersebut.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata demikian di Moscow pada 7 Mei lalu.

Lavrov berkata, sebelum ini, NATO merancang untuk memasukkan Ukraine ke dalam pertubuhan berkenaan dan mengepung tentera Rusia dengan menggunakan Crimea, namun pelan tersebut gagal.

Selepas itu, NATO memutuskan hubungan kerjasama dengan Rusia, termasuklah kerjasama dua hala dalam antikeganasan.

Tegas beliau, Rusia akan hanya mengadakan dialog dua hala dengan NATO berdasarkan prinsip saksama dan saling menghormati kepentingan antara satu sama lain.

Selain itu, dialog berkenaan hanya membincangkan isu-isu yang diterima bersama oleh kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China