Cari:
AS Beri Isyarat Positif
2017-05-09 14:50:25 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson telah memberi isyarat untuk menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea melalui dialog dan rundingan berdasarkan situasi semasa yang semakin positif pada ketika ini.

Oleh itu, pihak-pihak terbabit perlu menjayakan usaha murni tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang di Beijing semalam.

Baru-baru ini, Rex Tillerson menyatakan bahawa AS tidak mahu menggulingkan kerajaan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), tidak mahu mempercepat proses penyatuan Korea Utara dan Korea Selatan dan juga tidak mahu mencari helah untuk memasuki wilayah DPRK.

Namun, AS sebenarnya berharap agar DPRK sedar bahawa hanya dengan membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear, barulah keselamatan dan kemakmuran dapat diwujudkan.

Sehubungan dengan itu, China sentiasa menggalakkan AS memainkan peranan yang konstruktif dalam menyelesaikan isu Semenanjung Korea secara aman, di samping mengadakan komunikasi dengan DPRK bagi mencapai persepakatan dan memupuk rasa saling mempercayai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China