Jurucakap Kementerian Luar China Geng Shuang semalam berkata, berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran dalam proses pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) adalah perkara biasa.
Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang bakal diadakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan pengalaman, merancang pelan induk, membincangkan pelbagai isu dan bersatu padu menangani cabaran.
Beliau yakin inisiatif B&R akan terus dilaksanakan, walaupun berdepan dengan cabaran dan kesukaran.
Menurut beliau, inisiatif B&R dikemukakan pada saat pemulihan ekonomi dunia perlahan selepas berlakunya krisis kewangan antarabangsa.
Pada ketika itu, pelbagai negara menghadapi masalah dan cabaran dalam pembangunan.
Melalui pelaksanaan inisiatif tersebut, segala cabaran pembangunan dunia diharap dapat diatasi, di samping membantu pelbagai negara, terutamanya negara membangun di Asia dan Eropah menyelesaikan masalah pembangunan menerusi peningkatan kerjasama antarabangsa dan gabungan sumber pelbagai negara.
Tambah beliau lagi, inisiatif B&R telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat antarabangsa, serta mampu mencipta masa depan yang cerah.