Cari:
B&R: Terus Maju demi Pembinaan Komuniti Berkongsi Masa Depan
2017-05-15 18:44:36 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping telah memberikan penerangan tentang hasil Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) dalam sidang media petang tadi.

"Forum Kemuncak kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) kali ini memperlihatkan perpaduan pelbagai pihak bagi mendorong kerjasama antarabangsa B&R serta pembinaan komuniti berkongsi masa depan sesama insan." kata Presiden Xi.

Beliau berkata, "para peserta berharap dapat menggabungkan pembangunan negara masing-masing dengan pembangunan dunia, di samping menetapkan sasaran dan hala tuju kerjasama antarabangsa B&R.

"Para peserta berpendapat bahawa pembangunan menyeluruh B&R telah memasuki fasa baharu. Maka, penyelarasan dasar antara pelbagai negara harus ditingkatkan, pelbagai program dan projek-projek mega perlu disegerakan, kesalinghubungan infrastruktur sedang diwujudkan, pemudahan perdagangan dan pelaburan turut ditingkatkan, kerjasama perindustrian dan kewangan terus berkembang dengan pesat, manakala pertukaran dalam kalangan rakyat semakin erat.

"Seterusnya, pelbagai negara yang terlibat dalam B&R akan terus memperluas dan mengintensifkan kerjasama B&R dan bersama-sama mencari resolusi untuk menangani cabaran ekonomi dunia. " kata Presiden Xi.

"Melalui pembinaan B&R, pelbagai pihak juga berharap dapat bersama-sama meneroka pertumbuhan ekonomi baharu, menyediakan platform pembangunan global yang baharu, mendorong pengimbangan semula globalisasi ekonomi dan terus maju menuju sasaran bagi membina komuniti berkongsi masa depan sesama insan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China