Cari:
Anggota EU Tingkatkan Kerjasama Keselamatan dan Pertahanan
2017-05-19 11:54:51 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Pertahanan Negara Anggota Kesatuan Eropah (EU) diadakan semalam. Pesuruhjaya Tinggi EU atas Hal-ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Federica Mogherini dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu menyatakan bahawa pelbagai pihak telah mencapai kata sepakat untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan pertahanan.

Beliau berkata, para anggota bersetuju untuk membaiki rangka kerja pengurusan krisis, meningkatkan kerjasama keselamatan dengan pertubuhan antarabangsa dan pelbagai pihak, meningkatkan respons segera ketenteraan dan lain-lain.

Ketua Setiausaha Persatuan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China