Cari:
Britain Tingkat Paras Ancaman Pengganas kepada "Kritikal"
2017-05-24 10:42:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan paras ancaman pengganas ditingkatkan kepada "kritikal", iaitu tahap yang paling tinggi di seluruh negara malam semalam.

Kata beliau, hal ini bermakna serangan pengganas mungkin berlaku lagi.

Beliau turut mengumumkan bahawa pasukan tentera akan menggantikan polis untuk menjalankan misi rondaan di lokasi-lokasi penting seperti bangunan Parlimen dan stesen kereta api.

Serangan pengganas yang berlaku di lokasi konsert di Stadium Manchester pada malam 22 Mei lalu, telah menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh, dan 59 lagi cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China