Cari:
G7 Ikrar Perangi Keganasan
2017-05-27 12:23:47 CRI Cetak

Pemimpin-pemimpin yang menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Taormina, Itali berikrar untuk membanteras keganasan.

G7 dalam satu kenyataan bersama berkata, usaha memerangi keganasan dan ekstremisme merupakan tugas paling utama pada masa sekarang.

Para pemimpin turut menzahirkan iltizam untuk membanteras kegiatan keganasan melaui ruang siber, mengawal risiko anggota militan dari kawasan berkonflik seludup ke negara lain dan memutus sumber modal pengganas.

Langkah-langkah lain antaranya berkongsi maklumat perisikan, meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan, serta menggalakkan toleransi, dialog dan persefahaman antara pelbagai etnik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China