Cari:
Tindakan Jet China Ikut Undang-undang
2017-05-28 15:58:59 CRI Cetak

China menafikan laporan media Amerika Syarikat (AS) bahawa dua jet pejuangnya bertindak memintas sebuah pesawat rondaan AS baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian hari ini menyatakan, laporan AS adalah tidak benar. Pada 25 Mei lalu, sebuah pesawat rondaan AS menjalankan kegiatan peninjauan di ruang udara tenggara Hong Kong. Jet milik China bertindak dan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang. Tindakan itu adalah profesional dan selamat.

Tambah beliau lagi, tindakan AS sering kali menghantar pesawat menjalankan operasi berhampiran ruang udara dan kawasan perairan China merupakan punca masalah keselamatan ruang udara dan laut kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China