Cari:
Tentera Pakistan Musnahkan Tempat Persembunyian IS
2017-06-09 15:19:53 CRI Cetak

Tentera Pakistan semalam mengumumkan, pasukan keselamatan negara itu berjaya memusnahkan tempat persembunyian kumpulan militan Negara Islam (IS) dan penyokongnya, Lashkar-e-Jhangvi di wilayah Balochistan serta merampas sejumlah senjata termasuk bahan letupan, senjata api dan lain-lain.

Pengarah Jabatan Penerangan Tentera Paksitan, Asif Ghafoor berkata, operasi tentera dijalankan di kawasan timur Mastung selama tiga hari sejak 1 Jun lalu. Menurut maklumat perisikan, terdapat 10 hingga 15 anggota Lashkar-e-Jhangvi di kawasan tersebut.

Menurut beliau, kumpulan Lashkar-e-Jhangvi telah menghubungi IS untuk membantu IS bagi membina tempat persembunyian di Pakistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China