Cari:
Rusia Gagalkan Komplot IS
2017-06-18 15:39:56 CRI Cetak

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia semalam, tentera udara Rusia baru-baru ini berjaya menggagalkan komplot serangan kumpulan militan Negara Islam (IS) di bandar Deir Ezzor, timur Syria.

Menurut kenyataan kementerian tersebut, tentera Rusia melancarkan serangan udara terhadap kubu IS selepas dron milik mereka berjaya mengesan aktiviti militan itu, yang bersiap sedia untuk menyerang pasukan tentera Syria di Deir Ezzor, pada awal Jun ini.

Selain menembak mati dua komander IS dan kira-kira 180 anggota militan, serangan itu turut memusnahkan 16 kenderaan milik militan, selain gudang senjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China