Cari:
Australia Pulihkan Serangan Udara terhadap Syria
2017-06-23 14:36:02 CRI Cetak

Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) akan memulakan semula serangan udara terhadap Syria, maklum Kementerian Pertahanan negara itu semalam.

Keputusan tersebut dicapai setelah anggaran risiko operasi berkenaan dibuat oleh pakatan tentera pelbagai negara yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Pada 20 Jun lalu, RAAF mengumumkan keputusan untuk menghentikan sementara serangan udara terhadap Syria, kemungkinan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan berikutan amaran daripada Kementerian Luar Rusia.

Sebuah jet pejuang tentera kerajaan Syria telah ditembak jatuh oleh AS pada 18 Jun lalu. Ekoran itu, Kementerian Luar Rusia mengeluarkan amaran bahawa semua pesawat yang berada di sebelah barat sungai Euphrates akan menjadi sasaran peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) pihaknya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China