Cari:
Xi Jinping Kemuka Empat Cadangan Laksana Prinsip "Satu Negara, Dua Sistem"
2017-07-01 16:15:05 CRI Cetak

Perhimpunan menyambut ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali ke tanah air China, yang juga upacara angkat sumpah kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong penggal ke-5 diadakan di Pusat Persidangan dan Konvensyen Hong Kong pagi tadi.

Presiden Xi Jinping ketika berucap pada perhimpunan itu menegaskan, kerajaan pusat akan mengekalkan dua perkara penting dalam pelaksanaan prinsip "satu negara, dua sistem". Pertama, prinsip itu akan dilaksanakan secara teguh; kedua, memastikan prinsip itu dilaksanakan di Hong Kong dengan tepat dan betul.

   

Xi menyatakan, prinsip "satu negara, dua sistem" merupakan pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah sejarah di Hong Kong, dan juga percubaan yang terbukti berjaya bagi mengekalkan kestabilan dan kemakmuran wilayah itu selepas kembali ke pangkuan tanah air.  

Beliau turut memberi empat cadangan bagi pelaksanaan prinsip tersebut, iaitu mengendalikan hubungan antara "satu negara" dengan "dua sistem" dengan tepat; perlembagaan dan Undang-undang Asas dijadikan pedoman bagi pentadbiran di Hong Kong; menjadikan pembangunan sebagai misi utama; dan memelihara keharmonian dan kestabilan masyarakat. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China