Cari:
Ujian ICBM DPRK Cetus Kecaman
2017-07-08 15:06:24 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in serta Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam satu kenyataan bersama mengutuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh tiga negara tersebut semasa sidang kemuncak ke-12 Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, Jerman pada 6 Julai lalu.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan DPRK itu membelakangi resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan merupakan provokasi terhadap AS, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara lain di dunia.

Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin juga menegaskan pentingnya kerjasama untuk menangani isu nuklear Semenanjung Korea demi mencapai matlamat bersama, iaitu mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas nuklear secara damai.

Dalam pada itu, ketiga-tiga negara tersebut memutuskan untuk mendesak UNSC melaksanakan sekatan baharu terhadap DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China