Cari:
Presiden Xi: Galak Pertumbuhan Saling Hubung
2017-07-08 16:23:22 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) diadakan di Hamburg, Jerman semalam.

Antara tumpuan sidang kemuncak itu termasuk pertumbuhan ekonomi dunia dan perdagangan, pembangunan mampan, perubahan iklim dan sumber tenaga.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang kemuncak itu menyatakan bahawa G20 perlu mengekalkan hala tuju ekonomi dunia yang bersifat terbuka dan inklusif, di samping membaiki tadbir urus ekonomi global bagi menggalakkan pertumbuhan yang saling hubung dan kemakmuran bersama hingga membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Para pemimpin G20 berkata bahawa ekonomi dunia kini menunjukkan tanda-tanda semakin pulih, manakala pengambilan tenaga kerja semakin bertambah. Namun, faktor ketidaktentuan masih wujud ekoran pembangunan tidak seimbang, peningkatan rintangan perdagangan dan kelemahan pasaran kewangan.

Mereka menyeru agar sinergi ditingkatkan lagi bagi memelihara perdagangan bebas dan menentang amalan perlindungan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China