Cari:
Musim Puncak Lapangan Terbang Guangzhou
2017-07-13 14:32:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou, China meningkat mendadak pada bulan Julai ini, dengan jumlahnya seramai 1.75 juta pada sepuluh hari pertama bulan ini.

Angka ini dianggarkan meningkat 9.96% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Bilangan penumpang yang akan menggunakan lapangan terbang tersebut semasa musim puncak pengangkutan bermula 1 Julai hingga 31 Ogos ini dijangka akan mencecah 11.22 juta, meningkat 8.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou telah mengambil tindakan untuk memastikan perjalanan yang selesa dan lancar bagi para pelancong pada musim panas ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China