Cari:
Sambutan Ulang Tahun PLA dan Ucapan Presiden Xi, Tumpuan Dunia
2017-07-31 13:23:56 CRI Cetak

China menjadi tumpuan dunia apabila perbarisan tentera berskala raksasa sempena sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) diadakan di pangkalan latihan Zhurihe, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam semalam.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Presiden Xi Jinping telah memeriksa perbarisan tersebut dan seterusnya menyampaikan ucapan penting.

Perbarisan tersebut dilihat oleh tokoh-tokoh antarabangsa sebagai bukti kejayaan China dalam mewujudkan pembangunan negara secara menyeluruh, khususnya kemajuan ketara yang dicapai dalam pembaharuan pertahanan dan ketenteraan.

Ucapan Presiden Xi memperlihatkan angkatan tentera China berkemampuan melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, bahkan dapat menyumbang kepada kedamaian dunia.

"Berbeza dengan sebelum ini, perbarisan kali ini umpama latihan yang memperlihatkan kekuatan dan kesiagaan askar China", kata ahli penyelidik kanan dari Akademi Hubungan Antarabangsa Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang Singapura.

Pengerusi Pusat Penyelidikan Inovasi Asia, Indonesia pula berpendapat bahawa China yang sedang berusaha mewujudkan kebangkitan negara dan bangsa, perlu melindungi hasil pembangunannya dengan konsep ketenteraan yang berlandaskan sains dan teknologi moden.

Masih wujud banyak cabaran dalam mempertahankan kedamaian dunia, dan PLA diyakini mampu memberi sumbangan untuk menamatkan peperangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China