Cari:
EU: Pendekatan Efisien Bawa Pemulihan Ekonomi
2017-08-10 14:59:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Majlis Kesatuan Eropah (EU) semalam menyatakan bahawa krisis kewangan di negara-negara EU telah dikawal dengan efisien dalam sepuluh tahun yang lalu. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, ekonomi EU menunjukkan pertumbuhan yang mampan.

Majlis EU berkata, selain pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran juga susut ke paras paling rendah sejak 2008, berikutan langkah-langkah dan pendekatan yang bijak dilaksanakan oleh EU pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Serentak itu, sektor perbankan berkembang semakin pesat, dan jumlah pelaburan asing terhadap EU juga meningkat.

Namun begitu, EU masih dibayangi krisis kewangan global dan perlu berusaha memastikan rakyat mendapat lebih banyak peluang pekerjaan, serta mengekalkan dan memacu pertumbuhan ekonomi demi kesaksamaan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China