Cari:
SFTZ, Pemangkin Perdagangan Produk Kebudayaan
2017-08-21 14:28:07 CRI Cetak

Zon Perdagangan Bebas Shanghai (SFTZ) menyaksikan perkembangan pesat dalam perdagangan produk kebudayaan pada tahun-tahun kebelakangan ini hingga menjadi wahana penting bagi China untuk mendorong interaksi kebudayaan dengan luar.

Sejak ditubuhkan lebih tiga tahun lalu, SFTZ yang menghubungkan pasaran antarabangsa dengan domestik, memangkin pertumbuhan import eksport kebudayaan dengan kelebihannya yang unik dari segi kemudahan kastam. Jumlah perdagangan berkenaan mencecah lebih RMB30 bilion (RM20 bilion) setiap tahun.

SFTZ turut menyediakan suasana dan pasaran yang kondusif untuk pembangunan syarikat produk kebudayaan. Kini, Pangkalan Perdagangan Kebudayaan Antarabangsa di sana telah menarik penglibatan kira-kira 500 syarikat pengeluar produk kebudayaan berteknologi tinggi, kesenian, animasi dan permainan video.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China