Demikian dapatan 135 soal selidik yang diedarkan secara rawak oleh Akhbar Beijing Youth Daily baru-baru ini dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Beijing. Satu pertiga responden ialah lelaki dan dua pertiga lagi perempuan.
Menurut data yang diperolehi daripada sampel rawak ini, bayaran untuk makanan dan katering yang menduduki lebih 48% menjadi komponen utama dalam kos sara hidup para studen di Beijing.
Selain itu, perbelanjaan untuk pembelian pakaian dan aksesori serta interaksi sosial masing-masing menduduki tempat kedua dan tempat ketiga.
Data berkenaan turut memperlihatkan bahawa platform belih-belah dalam talian telah menjadi saluran utama bagi perbelanjaan para studen.