Cari:
Tentera akan Mempertahankan Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah
2017-08-29 14:04:38 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian mengesahkan bahawa India telah mengundurkan semua tentera dan kelengkapan dari kawasan Donglang petang semalam. Tentera China akan mengekalkan tindakan berjaga-jaga dan mempertahankan kedaulatan dan wilayah negara.

Wu Qian berkata, tentera India memasuki kawasan Donglang, China secara haram pada 18 Jun lalu, dan mencetuskan ketegangan di sempadan kedua-dua negara. Tentera China menentang keras tindakan haram itu dan meningkatkan kawalan terhadap sempadan China.

China mengingatkan pihak India agar mengambil iktibar daripada peristiwa ini, menaati perjanjian sempadan dan prinsip asas undang-undang antarabangsa, supaya bersama-sama memelihara keamanan dan kedamaian di kawasan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China