Cari:
Dialog Pasaran Baru Muncul dan Negara Membangun di Xiamen
2017-09-05 15:03:52 CRI Cetak

Dialog antara pasaran baru muncul dengan negara-negara membangun diadakan di Xiamen, China hari ini.

Dialog itu dihadiri pemimpin negara-negara BRICS iaitu China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan serta beberapa negara membangun lain termasuk Mesir, Guinea, Mexico, Tajikistan dan Thailand.

Pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 menjadi fokus dialog tersebut.

Ketika menyampaikan ucapan dalam dialog itu, Presiden China, Xi Jinping berkata kebangkitan bersama pasaran baru muncul dan negara membangun merupakan arus zaman ini.

Negara-negara terlibat perlu mengintensifkan kerjasama dalam membentuk ekonomi global bersifat terbuka, melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030, mengambil peluang daripada penstrukturan semula ekonomi dunia dan menjalin hubungan perkongsian yang lebih kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China