Cari:
Turki Tahan 2,500 Pendatang Haram
2017-10-01 14:39:44 CRI Cetak

2,553 pendatang yang menyeberangi sempadan secara haram, ditahan pasukan keselamatan Turki kelmarin.

Ketua Turus Angkatan Tentera Turki dalam satu kenyataan berkata 2,488 ditangkap ketika cuba menyeberangi ke Turki dari Syria, manakala beberapa lagi dari Greece dan Iraq. Pasukan pengawal sempadan turut menahan 61 orang yang cuba masuk ke Greece dari Turki. Namun, kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.

Sejak perang saudara tercetus di Syria pada 2011, Turki menjadi saluran penting bagi pelarian Syria ke Eropah. Turki juga telah menerima lebih 3 juta pelarian Syria. Beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan Turki meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan Syria, termasuk membina tembok sempadan sepanjang 828 kilometer.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China