Cari:
Kejayaan Diplomatik China Disanjung Tinggi
2017-10-08 13:58:15 CRI Cetak

Menjelang Kongres Kebangasaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 18 Oktober ini, beberapa tokoh-tokoh politik dan bekas pemimpin negara di Perancis menyatakan bahawa mereka memberikan perhatian tinggi terhadap kongres tersebut. Dalam pada itu, mereka menyanjung tinggi kejayaan diplomatik China pada lima tahun lalu, jalan pembangunan secara damai, dan konsep saling menguntungkan dan situasi menang-menang anjuran China. Mereka turut memberi pandangan positif terhadap prospek perkembangan hubungan China-Perancis pada masa depan.

Bekas Perdana Meneri Perancis, Jean-Pierre Raffarin pernah melawat ke China pada 1970-an dan berusaha menggalakkan interaksi dan kerjasama kedua-dua negara selama ini. Beliau menyatakan bahawa PKC yang dipimpin oleh Xi Jinping telah mencapai kejayaan cemerlang yang memberikan manfaat kepada rakyat China selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC.

Menurutnya, China selaku entiti ekonomi kedua terbesar di dunia mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan tetap merupakan penjana ekonomi dunia. Dalam pada itu, China turut mencapai hasil cemerlang dalam bidang diplomatik dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, Kongres Kebangasaan ke-19 PKC yang bakal diadakan menarik tumpuan perhatian dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China