Cari:
China Penyumbang Terbesar Pertumbuhan Industri Penghantaran Global
2017-10-09 11:18:20 CRI Cetak

Industri perkhidmatan pos China berkembang pesat sehingga menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan industri penghantaran global untuk tiga tahun berturut-turut.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pos China, Ma Shengjun sempena sambutan Hari Pos Sedunia ke-48 hari ini.

Menurut beliau, jumlah urus niaga Pos China meningkat 3.6 kali ganda sepanjang lima tahun lalu, manakala hasilnya bertambah 2.7 kali ganda. Skala perniagaan Pos China termasuk dalam ranking tiga teratas di dunia, dan menyumbang 40% pertumbuhan industri perkhidmatan penghantaran global.

Ma Shengjun berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk memacu pertumbuhan syarikat yang menjadi tulang belakang industri tersebut serta penglibatan kereta api dan penerbangan awam untuk mewujudkan sistem logistik bersepadu yang moden.

Syarikat-syarikat China juga digalakkan meneroka pasaran luar, dalam usaha mempercepat pembinaan jaringan perkhidmatan berkaitan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China