Cari:
Rizab Tukaran Asing China Catat USD3.1 T
2017-10-10 14:26:32 CRI Cetak

Menurut angka terkini Bank Rakyat China, rizab pertukaran asing kerajaan China pada bulan September mencatat lebih USD3.1 trilion (RM13 trilion), iaitu bertambah hampir USD17 bilion (RM72 bilion) berbanding Ogos.

Rizab pertukaran asing China telah menunjukkan peningkatan berterusan untuk lapan bulan berturut-turut sejak Februari lalu.

Pegawai dari Biro Pertukaran Asing Negara China menyatakan bahawa faktor seperti pembekalan dan permintaan pasaran domestik yang makin seimbang, peningkatan nilai mata wang di pasaran antarabangsa berbanding dollar, serta kenaikan harga aset, menyumbang kepada peningkatan rizab pertukaran asing China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China