Cari:
Muzium Istana Beijing Perkenalkan Sistem Tiket Masuk Pintar
2017-10-11 15:28:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Muzium Istana di Kota Larangan, Beijing telah memperkenalkan satu platform jualan tiket pintar pada 10 Oktober lalu untuk menggantikan penggunaan tiket masuk bercetak sebelum ini.

Pengarah Muzium Istana, Shan Jixiang menjelaskan bahawa sistem baharu ini akan mengurangkan masa yang diperlukan pengunjung untuk membeli tiket masuk.

Setiap hari, sebanyak 15 hingga 20 ribu tiket dijual melalui platform dalam talian berkenaan dan pengunjung hanya perlu mengimbas kod dua dimensi (QR) di pintu masuk untuk membeli tiket, selagi belum habis.

Sebuah kaunter perkhidmatan turut disediakan untuk kemudahan orang ramai.

Menurut rancangan pihak pengurus muzium tersebut, bermula tahun depan, pelancong boleh memilih masa lawatan tertentu ketika membuat tempahan tiket.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China