Cari:
Saranan Dwitrek Bantu Isu Nuklear Korea
2017-10-24 14:17:55 CRI Cetak

Tindakan ketenteraan tidak dapat menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea, sebaliknya akan memburukkan keadaan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam, ketika mengulas kenyataan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov bahawa tiada jalan lain bagi menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea, selain berdialog.

Geng berkata, China dan Rusia mempunyai pendirian yang sama dalam isu tersebut. Pihak-pihak terlibat diharap mempertimbangkan saranan China dan Rusia dengan teliti dan bersama-sama membawa isu berkenaan ke meja dialog.

China dan Rusia sebelum ini mengemukakan saranan penyelesaian dwitrek, iaitu mewujudkan Semenanjung Korea bebas nuklear sambil membina mekanisme keamanan.

Satu lagi saranan yang dikemukakan ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) membatalkan program nuklear dan peluru berpandu, manakala AS dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan bersama berskala besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China