Cari:
Trump Lawat China Bulan Depan
2017-10-27 13:11:48 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada bulan November nanti.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng memaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang membincangkan langkah-langkah untuk merancakkan kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan.

Beliau berkata, China mengalu-alukan pelaburan asing khususnya dalam sektor teknologi canggih, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar serta industri baharu.

China akan meningkatkan akses pasaran dan memperluas keterbukaan, di samping melindungi hak dan kepentingan sah syarikat asing.

Jumlah perdagangan antara China dan AS pada masa ini melebihi USD500 bilion (lebih RM2 trilion) daripada hanya beberapa bilion dolar sahaja ketika hubungan diplomatik baru dijalin.

Hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara adalah saling menguntungkan.

China bersedia membangun bersama dengan AS berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan, di samping menyelesaikan perselisihan pendapat melalui dialog.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China