Cari:
China Utamakan Kerjasama Antidadah
2017-10-28 16:03:58 CRI Cetak

China mengutamakan kerjasama antarabangsa dalam usaha antidadah dan bersedia aktif mempergiat sinergi dengan pelbagai negara termasuk AS dalam hal ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam.

Kata beliau, China dan AS mencapai persepakatan penting mengenai kerjasama membanteras jenayah dadah dalam Dialog Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan Siber pada awal bulan Oktober.

Hasil usaha sama, kedua-dua pihak berjaya membongkar beberapa kes jenayah dadah transnasional baru-baru ini.

China dan AS akan mengadakan persidangan mengenai kerjasama antidadah di Beijing pada hujung bulan ini bagi meneliti usaha-usaha untuk memperkasakan kerjasama berkenaan.

Kata beliau, China mengambil sikap bertanggungjawab dalam usaha memerangi dadah. Pihak China telah mengenakan kawalan terhadap 23 jenis bahan yang mengandungi fentanyl sedangkan tiada kes penyalahgunaan fentanyl di negara ini pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China