Cari:
Xi Gesa Kaji, Laksana Isyarat Kongres PKC
2017-10-29 16:23:41 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menggesa seluruh anggota parti mengkaji dan melaksanakan sepenuhnya isyarat yang dikeluarkan dalam Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC).

Dalam sesi perbincangan berkumpulan kali pertama bersama-sama dengan anggota Biro Politik PKC pagi kelmarin, Xi menyatakan bahawa kongres tersebut mencapai hasil penting dalam bidang politik, teori dan praktis, menghuraikan garis panduan bagi membangunkan sosialisme bercirikan China, serta membuat aturan strategik bagi kerja-kerja parti dan kerajaan dalam pelbagai bidang.

Laporan pada kongres itu merupakan perisytiharan politik dan pelan tindakan bagi PKC yang kini berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah.

Enam anggota lain Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Li Keqiang, Li Zhanshu, Wang Yang, Wang Huning, Zhao Leji dan Han Zheng telah berkongsi pandangan mereka mengenai pelaksanaan isyarat kongres berkenaan, dalam sesi perbincangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China