Cari:
17 Ribu Restoran Beijing Sertai Kempen "Dapur Terbuka"
2017-10-30 14:25:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lebih 17,584 buah restoran dari 16 daerah di Beijing telah menyertai kempen "dapur terbuka" pada ketika ini.

Kempen "dapur terbuka" membolehkan pelanggan melihat dan mengikuti proses pengendalian bahan makanan di dapur melalui skin yang tergantung di depan pintu restoran berkenaan.

Pejabat Pentadbiran Makanan dan Ubatan Bandar Beijing memaklumkan bahawa ketelusan proses pengendalian bahan makanan berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat. Penyediaan maklumat visual ini merupakan langkah penting dalam projek yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan Beijing untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keselamatan makanan.

Pejabat itu akan memperkenalkan satu aplikasi dalam masa terdekat ini untuk kemudahan para pengguna.

Menjelang akhir tahun ini, 20 ribu buah restoran di Beijing dijangka terlibat dalam kempen "dapur terbuka".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China