Cari:
China, Korea Selatan Bincang Isu Semenanjung Korea
2017-10-31 16:08:58 CRI Cetak

Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan Ketua Kedua Jabatan Keselamatan Negara Korea Selatan, Nam Gwan-pyo telah berhubung menerusi saluran diplomatik untuk membincangkan isu nuklear Semenanjung Korea.

Maklum Kementerian Luar China, kedua-dua pihak telah menegaskan semula prinsip mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear serta menyelesaikan isu berkenaan secara damai, khususnya melalui langkah diplomatik.

Menyentuh mengenai isu sistem antipeluru berpandu Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD), Korea Selatan menyatakan bahawa sistem tersebut akan ditempatkan mengikut tujuan asalnya, dan tidak menyasarkan negara lain mahupun menjejaskan kepentingan keselamatan strategik China.

Melihat dari perspektif keselamatan negara, China menegaskan pendirian yang menentang penempatan THAAD di negara itu.

Selain membincangkan isu Semenanjung Korea, kedua-dua pihak turut menegaskan pentingnya hubungan antara China dengan Korea Selatan, selain menyatakan kesediaan untuk mendorong perkembangan perkongsian strategik berdasarkan dokumen yang ditandatangani bersama kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China